Bengkel Praktikal Kesejahteraan Kendiri Kepada Staf NADI
11 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 April 2026, wakil staf seluruh NADI dari negeri Perlis telah dijemput oleh pihak SSO MrHealth Care dan MCMC untuk menghadiri bengkel praktikal kesejahteraan kendiri yang diadakan di NADI Seriab.
Antara inti pati daripada bengkel tersebut ialah, pegawai MrHealth Care memberi penerangan tentang cara penggunan aplikasi NADI MEMBER iaitu mengadakan temujanji ahli NADI untuk mendapatkan pemerhatian oleh pakar melalui talian. Selain itu, staf NADI juga diberi pengajaran secara praktikal bagaimana cara penggunaan kit kesihatan yang betul agar mendapat keputusan yang tepat.
Sehubunagn dengan itu, staf NADI juga diberi penerangan lebih tepat tentang cara pengisian data MENWELL & FLOURISHER di dalam sistem NES & eHati agar segala maklumat yang telah diisi oleh staf NADI dapat dipantau oleh pihak MrHealth Care untuk langkah rawatan seterusnya jika memerlukan rawatan susulan.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: